Syarat Am Kemasukan |
1. Warganegara Malaysia 2. Memiliki SPM atau setaraf 3. Lulus Bahasa Melayu 4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas) |
Tempoh Pengajian |
4 semester |
SINOPSIS
Sijil Pastri adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Amalan sanitasi dan keselamatan di tempat kerja.
2. Pengenalan kepada bahan, alat, dan pengurusan tempat kerja (dapur).
3. Melaksanakan teknik dan kaedah memasak yang betul, serta memenuhi standard industri.
4. Menilai rasa, rupa, tekstur dan masa penyediaan terhadap produk hidangan yang telah siap.
5. Proses penyediaan, menghias dan menghidang.
6. Proses perlaksanaan kerja secara individu dan berkumpulan
PROSPEK KERJA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Pembuatan Pastri yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Pembuatan Pastri . Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :
Commis
Bakers
Pastry Cook
Usahawan