PENGENALAN

Kolej Komuniti Tasek Gelugor (KKTG) merupakan sebuah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). KKTG ditubuhkan untuk memberi peluang pendidikan dan latihan khusus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Pada peringkat permulaan, KKTG menawarkan kursus sepenuh masa iaitu kursus Sijil Pastri. Kini, KKTG menawarkan satu lagi kursus sepenuh masa iaitu Sijil Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara.

Kolej ini juga akan memperhebatkan dan mempelbagaikan lagi tawaran Kursus Jangka Pendek bagi menarik minat lebih ramai masyarakat setempat mengambil bahagian dalam pembelajaran sepanjang hayat. Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak seharusnya melepaskan peluang untuk meningkatkan dan menambahkan pengetahuan bagi memperbaiki taraf kehidupan dan menjana peningkatan taraf ekonomi masing-masing.