From The Chairman's Desk

        Pada masa kini, dunia sering dilanda dengan pencemaran alam sekitar dan perubahan iklim yang semakin meruncing. Kesan permasalahan ini telah memberi kesan negatif kepada alam sekitar, masyarakat, dan ekonomi. Salah satu faktor yang mendorong kepada kesan tersebut adalah pembangunan pesat dan penggunaan sumber alam tidak terurus. Oleh dengan itu, hampir kesemua negara telah mengambil inisiatif bagi mengurangkan dan menyelesaikan kesan ini. Institusi pendidikan dilihat sebagai pemangkin dan platform utama dalam menerapkan nilai-nilai kesedaran, pengetahuan, dan kemahiran bagi mengekalkan keseimbangan, kesejahteraan, dan pembangunan mampan.

         Usaha Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) sebagai salah satu institusi peneraju Technical and Vocational Education and Training (TVET) negara telah menghasilkan Blueprint SmartGreen PolyCC 2021-2026 (BSGPC). Usaha positif ini mampu melahirkan tenaga kerja yang mengamalkan inisiatif hijau yang mendukung dan melaksanakan inisiatif pembangunan mampan negara. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Bahagian Kurikulum (BK), JPPKK kerana telah berjaya menterjemahkan inisiatif hijau ini kepada satu garis panduan yang boleh dilaksana dan diukur sebagai rujukan dan panduan kepada semua pihak berkepentingan di JPPKK dan malah, menjadi contoh kepada komuniti sekitar dalam melaksanakan amalan hijau yang terancang dan berjaya.

     

Mohd Asri  bin Ngalim
Pengarah
Kolej Komuniti Tasek Gelugor