EARTH DAY - PROGRAM PENANAMAN 1 JUTA POKOK DALAM SEHARI DI PULAU PINANG

22 April 2024

Anjuran oleh Pejabat Daerah Seberang Perai Utara dengan kerjasama Kolej Komuniti Tasek Gelugor dan Yayasan Amal TYT Pulau Pinang

Earth Day (Hari Bumi) adalah satu acara tahunan yang disambut pada 22 April setiap tahun oleh masyarakat di 192 negara seluruh dunia. lanya bermula sebagai satu gerakan di Arnerika Syarikat sejak tahun 1970-an yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta melibatkan penyertaan orang awam dalam usaha kearah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Yayasan Amal TYT Pulau Pinang telah menjadi pengerak utama sambutan Earth day bagi tahun 2024 dengan menganjurkan Program Penanaman Satu Juta Pokok di Pulau Pinang. Program ini membawa misi untuk mengekalkan kepelbagaian biologi dan mengurangkan kesan perubahan iklim.
Kolej Komuniti Tasek Gelugor sebagai sebuah insitusi pendidikan khususnya bagi komuniti setempat turut sama menjayakan misi Earth Day ini. 

Justeru bagi menyokong Program Penanaman Satu Juta Pokok di Pulau Pinang ini, Kolej Komuniti Tasek Gelugor merancang untuk menanam 100 anak pokok di sekitar Kam pus Kampung Selamat. Memanfaatkan kawasan tanah lapang di kampus bagi mewujudkan ekosistem yang lebih hijau serta sihat aktiviti penanaman 100 anak pokok ini boleh menjadi satu langkah awal.