Majlis Pelancaran Jerayawara SmartGreen PolyCC 2024
Sabak Bernam , 7 Februari 2024- Bahagian Kurikulum (BK) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah melancarkan Jerayawara SmartGreen POLYCC 2024 bagi memperkasa budaya hijau dan melestarikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Jerayawara yang melibatkan sembilan zon ini bermula pada 07 Februari 2024 sehingga 24 April 2024 dan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Governan) JPPKK, YBrs. Ts. Haji Kamaludin bin Daud.
Dalam majlis tersebut, Ts.Haji Kamaludin turut melancarkan Kit Promosi SmartGreen POLYCC 2024 bagi mempromosi Blueprint SmartGreen Polytechnic Community College (BSGPC) 2021-2026.
BSGPC 2021-2026 adalah garis panduan terancang yang menyatakan visi, aspirasi, objektif strategik, pelan tindakan dan petunjuk prestasi utama ke arah pengiktirafan politeknik dan kolej komuniti sebagai kampus mampan.
Hadir sama, Pengarah Bahagian Kurikulum JPPKK, YBrs. Dr. Zamzam bin Mohd Walid dan Pengarah PSIS, Tuan Haji Mohamad Yusof bin Sulaiman.